Kombinasi VITAMIN Untuk ibu hamil :)
Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung?
Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan supplement
atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung
malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.
Bagaimana pula jika anda sering mengalami morning sickness Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement
atau vitamin yang sesuai semasa mengandung, Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan
bebas-dadah (drug free)!!
OsteMatrix (Calcium-Magnesium) – 4 biji sehari
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini
mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.Setiap 1
biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk
membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan
pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu
yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah
membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan
kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting
untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya
ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi
dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan
gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak
mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang
ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah
kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon
dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung
dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya
juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga
di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia
juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu,
protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak
membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung
perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus,
penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
No comments:
Post a Comment