Sunday, June 1, 2014

VITAMIN CINTA SAYA;)



Adakah vitamin E anda mempunyai kriteria seperti di bawah? Sila rujuk label vitamin E anda sekarang.

1. Pilihkan vitamin E yang bersumber semulajadi. Biasanya, sumber boleh ditentukan melalui label makanan tambahan.Huruf "d" yang kecil menunjukkan sumber semulajadi (d-alfa-tocoferol).

Satu huruf "I" atau "dI" yang kecil biasanya menunjukkan sumber tiruan atau sumber kimia. (I-alfa-tokoterol atau dI-alfatokoferol).

Mengapa pilih sumber semulajadi??  Sebabnya ianya lebih mudah digunakan oleh tubuh badan berbanding sumber tiruan. Kacang soya merupakan sumber terbaik bagi vitamin E semulajadi.

2. Carikan perkataan "mixed tocopherol" atau "mixed tocopherol concentrate" dalam label. lni menunjukkan campuran baik antara alfa-tokoferol dengan lain-lain tokoferol yang wujud dalam alam semulajadi.

3. Pilihkan makanan tambahan vitamin E yang juga membekalkan selenium.
Kesan vitamin E dengan selenium adalah bersifat sinergistik -- iaitu, jika diserap bersama, keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatan oleh satu sama lain.

** rujukan dari buku DR BRUCE MILLER

anda pasti vitamin e yang anda gunakan sekarang berunsurkan semulajadi? jika tidak bertukarlah kepada Vitamin E yang berkualiti tinggi seperti Vitamin E Shaklee.



No comments:

Post a Comment