Andai diberi pilihan ke manakah destinasi percutian idaman?Jawapan saya adalah ingin menjejaki lagi Tanah Suci Mekah untuk kali kedua.
Saya diberi peluang menjejaki Tanah Suci pada tahun 2011 bersama suami, mak mentua dan juga ibu saya.Pengalaman paling romantis??Yup ia merupakan pengalaman dan percutian saya yg paling romantik dan masa kecik2 saya selalu terfikir adakah peluang saya untuk ke sana?Alhamdulilah bila en suami merealisasikan impian saya selepas kami berkahwin.
Trip yg kami ambil dari Tiram Travel membawa kami ke Jeddah,Madinah,Mekah selama 12 hari 11 malam mencipta kenangan dan banyak ilmu baru saya pelajari sepanjang berada di sana.Air zamzam merata tempat, setiap hari akan ada solat jenazah di Masjidilharam kerana boleh dikatakan setiap hari akan ada kematian.Allahuakbar...
Jangan ingat org Arab penyabar tau!Didalam kesibukan Kota Mekah yg menjadi keunikan atau kepelikan saya adalah hon kereta sentiasa kedengaran dimana-mana.Sikap orang Arab yg mungkin dah jadi trend "lambat sikit kena hon" membuatkan hon kereta kedengaran dimana2 .
Orang Arab fasih bahasa Melayu?Yess mereka semua fasih bahasa Melayu.Bila nak beli barang sangat mudah utk berkomunikasi.Jangan lupa juga utk bawa segala ubat-ubatan dan suplement Shaklee sebagai persediaan kerana perubahan cuaca disana akan menyebabkan kite mudah dijangkiti penyakit.
Semasa penerbangan pulang,kami sempat utk singgah di Pakistan disebabkan flight kami delay 1 hari .Maka disana saya juga mempelajari byk perkara baru.Trend kehidupan di sana "yang kaya terlalu kaya,yg miskin terlalu miskin sehingga kanak-kanak berkeliaran meminta sedekah".Keadaan hotel disana sangat menyedihkan kerana hotel 3 bintang disana ibarat hotel di Malaysia pada zaman 1990.Bayangkan???
Dengan harapan yg menggunung tinggi dapatlah andainya sekali lagi diberi peluang kesihatan utk saya menjejaki Tanah Suci Mekah sekali lagi bersama-sama org tersayang.