Bismillahirrahmanirrahim
Perniagaan online mampu jana pendapatan???
Mungkin anda baru ‘berjinak-jinak’ untuk memulakan langkah bagi berbisnes online?? Atau mungkin anda telah mempunyai bisnes online tersendiri??
Walau sesiapa pun anda, tahniah kerana anda telah memulakan langkah yang bijak!
Bagi mereka-mereka yang belum memulakan langkahnya, jom intai-intai 10 sebab kenapa anda perlu berbisnes secara online!
SEBAB 1 ( Bila-bila masa sahaja)
Bila sebut sahaja tentang bisnes online, sebenarnya anda boleh berbisnes pada bila-bila masa! Tiada ‘office hour’ seperti kena masuk office pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Semuanya bergantung kepada ketetapan masa anda! Lebih lama anda online (online dengan tujuan bisnes), maka lebih banyak pulangannya!
SEBAB 2 ( Di mana-mana sahaja)
Anda runsing tentang tempat untuk anda melakukan aktiviti bisnes anda?? Jangan risau! Dengan bisnes secara online, anda tidak perlu runsing memikirkan untuk sewa pejabat khas! Pejabat anda dimana-mana sahaja!
Mungkin kalau anda rasa ‘malas’ hendak keluar rumah, dalam bilik pun boleh jadi office anda. Atau kalau rasa bosan dalam bilik, anda boleh ‘lepak’ di warung-warung yang ada wifi. Seronok bukan?? Jadi, dengan bisnes secara online, anda boleh beraktiviti dimana-mana sahaja!
SEBAB 3 ( Pelanggan satu dunia)
Jika anda seorang usahawan, punca pendapatan anda tentunya bergantung kepada pelanggan, betul kan??
Sekiranya anda membuat bisnes secara ‘offline’, pelanggan anda begitu terhad. Mungkin dalam sehari anda boleh berjumpa dengan beberapa orang sahaja. Itu belum termasuk dengan masa yang terbuang begitu sahaja dengan ‘traffic jem’!
Tetapi sekiranya anda berbisnes secara ‘online’, pelanggan anda tiada terhad! Sekiranya anda fokus kepada rakyat Malaysia sahaja, daripada statistik penggunaan internet, lebih 80% rakyat Malaysia menggunakan internet! Besar kan peluang prospek anda??
SEBAB 4 ( Kedai 24 Jam)
Dalam bisnes, masa begitu berharga sekali. Walaupun sesaat yang berlalu, ianya amat berharga, betul kan??
Ya, tidak dinafikan. Sebab itu, sekarang ini dah wujud banyak premis-premis perniagaan yang buka kedai mereka sehingga 24jam! Kenapa agaknya ya??
Sebab, pelanggan membeli tidak menentu masanya. Ada yang terlalu sibuk di siang hari, mereka suka membeli-belah di waktu malam. Kalau yang sibuk di malam hari, mereka membeli-belah di waktu siang. Maksudnya, dalam 24 jam sehari, akan wujud proses jual beli, setuju??
Soalan saya, anda mampu untuk membuka premis perniagaan anda 24 jam sehari?? Jika mampu, silakan. Kalau tanya pada saya, maafla, memang tak mampu.
Tetapi, melalui bisnes online, dengan cara anda mewujudkan ‘kedai online (website)’, anda sebenarnya telah membuka premis perniagaan anda 24 jam ‘non-stop’!Tak percaya?? Kalau tak percaya, anda kena buka ‘kedai online’ dahulu, baru anda akan percaya!
SEBAB 5 ( Kos yang minima)
Bila sebut pasal nak berbisnes, pasti perkara pertama yang akan tergambar di fikiran kita iaitu tentang modal, setuju bukan??
Ada orang cakap, kalau tiada modal dalam RM20K ke atas, jangan mimpi nak berbisnes! Betul ke??
Yela , nanti nak beli stok, nak bayar sewa kedai, duit minyak, duit keraian untuk cari pelanggan dan macam-macam lagi kos perlu ditanggung, tak guna duit ke semua tu?? (hehe betul jugak ek)
Tapi, dengan bermodalkan RM2, anda dah boleh berbisnes! Tak percaya?? Cuba anda pergi ke cyber cafe, anda buka online, dan mulakan berbisnes! Sejam anda ber’online’ baru kena caj RM2, tapi pulangannya tiada terhad!
Jadi, tiada alasan untuk anda tidak berbisnes secara online!
SEBAB 6 ( Tak Perlu Pekerja)
Sekarang negara kita Malaysia dilanda dengan kebanjiran pekerja-pekerja asing dari negara luar. Kenapa perkara ini berlaku?? Rakyat Malaysia dah tak cukup ke untuk menampung ruang pekerjaan yang terbentang luas?? Atau rakyat Malaysia ni terlalu memilih kerja??
Jawapannya adalah disebabkan kos untuk pekerja asing lebih murah berbanding pekerja rakyat Malaysia!
Jadi, tentu anda pun salah seorang yang sedang berkira-kira untuk ambil pekerja asing untuk mengendalikan bisnes anda (bagi yang berbisnes), betul kan??
Awas! Sekiranya anda benar-benar berbisnes secara online, jangan bermimpi untuk ambil pekerja! Kenapa?? Sebab sistem online yang akan bekerja untuk anda! Betul ke?? Kalau tak percaya, mula lah melangkan ke dunia bisnes online!
SEBAB 7 (Tiada had ruang premis)
Anda mengimpikan ruang premis yang besar agar anda boleh meletakkan pelbagai barang-barang jualan dalam premis anda seperti di Giant, Tesco dan sebagainya?? Agak-agaknya kalau ruang yang sebegitu besar, kosnya pasti besar bukan??
Ya, lagi besar ruang premis perniagaan anda, semakin besar kos yang anda perlu tanggung!
Tetapi, lain pula dengan bisnes secara online. Semakin besar kapasiti ‘kedai online’ yang anda bina, semakin jimat kos yang anda keluarkan! Seronok bukan??
Jadi, apa tunggu-tunggu lagi, cepat-cepatlah berbisnes secara online!
SEBAB 8 ( Boleh bisnes pelbagai dalam satu masa)
Orang bisnes biasanya banyak idea yang ingin dibuat dan dilaksanakan. Kekadang, dalam satu masa, ingin buat macam-macam bisnes sebab dah nampak hasilnya! Pernah terjadi kepada anda?? Ya, bagi saya, ianya pernah terjadi!
Akhirnya apa yang berlaku?? Akhirnya, penat sahaja yang dapat! Yang dikejar laju sangat larinya, yang dikendong entah tiba-tiba tercicir!
Tetapi ajaibnya, dengan bisnes secara online, anda boleh mengatur bisnes anda dengan lebih sempurna dan jangan pelik kalau dalam satu masa anda boleh berbisnes lebih dari 10 bisnes dalam masa yang sama!
SEBAB 9 ( Pendapatan tidak terhad)
Kalau kita bertanya kepada orang yang ‘makan gaji’, macam mana dengan pendapatan mereka, adakah pendapatan mereka sentiasa naik setiap bulan?? Tentu jawapannya “tidak!”.
Tetapi kalau anda bertanya kepada mereka-mereka yang berbisnes secara online secara serius, adakah pendapatan mereka naik setiap bulan, tentu mereka akan menjawab,”Luar biasa naik!”
Satu isu besar dalam negara Malaysia ialah isu pekerjaan! Susah sangat ke nak dapat kerja?? Atau dah tiada peluang kerja dalam Malaysia ini??
Kita jangan jadi orang yang hanya bergantung kepada peluang, tetapi jadilah orang yang sentiasa MENCIPTA PELUANG!
Dengan anda berbisnes secara online, anda sebenarnya telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang yang mencari-mencari peluang pekerjaan yang MUDAH dan PANTAS!
Jadi, anda di pihak yang mana, yang mencari peluang atau yang mencipta peluang???
Semoga 10 sebab kenapa anda perlu berbisnes secara online ini dapat membuka minda mereka-mereka yang belum mahu berjinak-jinak dalam dunia bisnes online dan bagi mereka-mereka yang telah memulakan langkah, gagahkan langkah anda dengan mencari lagi ILMU dan PENGALAMAN!
Selamat maju jaya!
Pena